Welcome to Kolej Unikop
Kolej Unikop merupakan sebuah Kolej Bersekutu Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang
telah diberi kepercayaan oleh universiti tersebut untuk menawarkan program-program
di peringkat Pra-Diploma, Sijil dan Diploma di dalam pelbagai bidang. Mula ditubuhkan
pada tahun 1996, kampus induk Kolej Unikop yang terletak di Batu Caves, Kuala Lumpur
telah mengeluarkan seramai lebih 6,000 orang graduan di dalam pelbagai peringkat
dan bidang.
Kolej Unikop menawarkan program-program akademik yang dijalankan secara usahasama
dengan lnstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Semua program yang ditawarkan di Kolej Unikop telah mendapat Perakuan Akreditasi
dan pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan kelulusan dari Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.